Ini baru lepas kena marah sebab tak mahu makan lauk. Umi letak sup, tak nak, letak ikan pun taknak. Nak makan nasi dengan kicap je. Kicap pula sebanyak - banyaknya.heeeee..grrrr. Dah habis nasi kicap dia, sibuk pula mengacau nasi kakaknya. Malas dah nak layan, umi biarkan saja.
Tapi bila tengok Asna suapkan kakaknya, errmmm sedih pulak umi. Sayang juga dia pada kakaknya yang sorang tu. Harap kasih sayang antara mereka berkekalan dunia akhirat. Umi dan ayah tiada siapa yang boleh diamanahkan untuk jaga Aisyah, kecuali Asna. Moga besar nanti, kau faham, nak. Ayuh kita sama - sama bantu kakak, agar berkurang kebergantungannya pada orang lain.
Isnin, 31 Januari 2011
Kasih Sayang Adik Beradik
Hujung minggu dengan hujan tanpa henti, kami habiskan masa dirumah saja walaupun dah 2 minggu rancang nak buat spec mata ayah, tapi masih belum terlaksana. Hujan turun, buat umi dapat angin kus-kus agaknya, jadi kurang sabar melayan kerenah Asna minggu ini. Mana tak geram, suruh mengaji, tak mahu, makanpun tak mahu, makan ubat je yang dia suka, kakak yang batuk-batuk, dia memandai-mandai ikut dos dia je, makan ubat batuk macam minum air kosong, grrrrr...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


5 comments:
Salam Nuyin.
Sayu dan sejuk rasa hati bila melihat adik beradik belas dan kasih pada yang istimewa.. Moga Allah kekalkan kasih dan belas itu hingga ke akhir hayat mereka.. amin..
tika -- amin..
salam perkenalan buat family nuyin,
kita sbg ibu bapa sntiasa doakan yg trbaik buat anak2, insyaALLAH, dia tahu itu kakak dia, kasihnya tiada pghujung
pandainya asna.. moga dpt ringankan beban umi bila dah tua nanti...
pabila yang dirasa itu serupa....yang dilihat itu sama....maka InsyaAllah...harapan itu akan bersatu menjadi satu.....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
Catat Ulasan